Sunday, February 19, 2017

Cara Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai

Assalamualaikum semua,
Selamat pagi!

Selamat menuju ke tempat kerja masing-masing khususnya bagi yang cikgu-cikgu. Kena awal hari ni sebab ada perhimpunan pagi kan.

Samalah kita. Tapi nampaknya terlambat juga pagi ini. Kawan yang kami tumpang ke sekolah tak sampai-sampai lagi. Sempat saya nak kongsikan tentang Cara Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai.

Fakta

Kotoran pada muka akan dapat dihilangkan sepenuhnya dengan pencuci muka yang berbuih banyak dan halus. Buih yang banyak dan halus ini mampu masuk ke dalam liang roma atau pori-pori kulit wajah anda dan membersih kulit dengan lebih berkesan lagi.

Wah, begitu rupanya! Terus teringat pasal pencuci muka yang saya gunakan sekarang. Saya gunakan Pencuci Muka Enfuselle Shaklee - Purifying Cleansing Gel. Eh, Gel? Banyak buih ker guna pencuci muka gel ni?

Dulu saya pun begitu juga. Pada anggapan saya, pencuci muka jenis foam saja yang banyak buih. Rupanya saya salah.

Pertama kali guna pencuci muka Shaklee ialah Pencuci Muka Nutriwhite. Namun rupanya kita tak boleh sembarangan memilih pencuci muka. Kena pastikan ianya sesuai dengan kulit kita. Begitu juga dengan Toner.

Saya kurang serasi dengan pencuci muka Nutriwhite apabila kulit muka saya menjadi sangat tegang dan agak kering selepas mencuci muka. Oh ya, kulit muka saya adalah jenis kulit sensitif.

Pencuci Muka Enfuselle - Purifyibg Cleansing Gel

Saya cuba bertahan mengguna Pencuci Muka Nutriwhite beberapa lama tetapi masih juga begitu. Lalu saya pun beralihlah kepada Pencuci Muka Enfuselle Shaklee. Pertama kali guna, yeah! Kesannya sangat best. Kulit muka rasa lembut gitu. Licin. Tidak berminyak. Mudah dicuci.

Toner saya pula, saya sesuai dengan Toner Nutriwhite. Tak sesuai dengan Toner Enfuselle sebab rasa panas ja muka lepas pakai toner. Sama juga saya cuba guna beberapa lama, masih rasa begitu.

Lalu bila cuba Toner Nutriwhite, sah inilah yang sesuai dengan saya.
Boleh saja guna jenama yang berbeza tapi asalkan produk Shaklee bagi saya. Nutrionist Shaklee juga kata begitu.

Cara Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai


1. Kenalpasti dahulu jenis kulit anda sama ada jenis kulit normal, kulit sensitif, kulit berminyak, kulit kering ataupun kulit kombinasi. Jadi bila sudah tahu kulit anda kulit jenis mana satu, maka mudahlah anda memilih pencuci muka yang sesuai.

2. Cari pencuci muka yang banyak buih dan halus. Sebabnya, untuk membersihkan muka bukanlah dengan menggosok kuat supaya kotoran hilang. Nanti kulit makin pedih pula.

Itulah gunanya buih yang banyak dan halus. Ia akan membersihkan liang roma atau pori-pori kulit muka anda dengan sebersih-bersihnya.

3. Cari Pencuci Muka yang Ph5.5 yang sama dengan P.h kulit kita.

4. Elakkan membeli pencuci muka yang mengandungi bahan pengawet dan pewangi. Paling penting bebas Paraben.

5. Pastikan sabun atau pencuci muka tersebut adalah memang khusus untuk muka bukannya sabun badan yang digunakan untuk seluruh badan termasuk muka.

6. Paling penting, rajin-rajin cuci muka ya. Kalau ada pencuci muka yang terbaik sekalipun tetapi malas cuci muka, sama juga kulit muka nanti bermasalah. Hehe

Baiklah, jika anda hendak mencuba Pencuci Muka Shaklee sama ada Nutriwhite ataupun Enfuselle, saya adalah orang yang tepat untuk anda hubungi.

Mengapa mesti memilih PENCUCI MUKA SHAKLEE ?

✔ Halal
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik dan Tahan Lama!

===========
CARA ORDER:
===========

Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke 016-8427520 (Pn.Farizah)


PENGEDAR SHAKLEE RANAU SABAH
COD SHAKLEE Area Kg Kituntul Baru, Kg Silou, Kg Matan, Kg Paka 2, Kg Kiaburi, Kiaburi Plaza, Kg Puru-Puru, Hospital Ranau, KKIA Ranau, Jabatan Kesihatan Ranau, Kundasang dan seluruh kawasan berhampiran.

1 comment: