Thursday, August 22, 2013

Tanda-Tanda Saya Hamil

Assalamualaikum....

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, rasa teruja untuk mendapatkan cahaya mata itu sudah pasti dirasai. Apabila timbul pula tanda-tanda yang luar daripada biasa, terdetik perasaan berdebar-debar sama ada itu adalah tanda-tanda hamil atau bukan. Maka, mr.google sering menjadi sasaran untuk mencari 'tanda-tanda hamil' kan? hihi..

Sebenarnya saya terdetik untuk menulis
dan menceritakan mengenai tanda-tanda hamil yang saya rasai sebab saya tahu, tanda-tanda hamil yang dirasai adalah berbeza bagi setiap individu..dan ramai ibu2 terutamanya ibu yang hamil anak pertama sangat teringin dan rasa teruja untuk tahu, 'hamilkah saya? adakah ni tanda saya hamil? eh, period saya dah lewat...saya hamil ker?'..banyak tanda tanya kan?...hihi..saya faham sebab saya pun begitu juga..dan saya dulu pun sangat2 rajin google masa mengandung anak sulung :) Biasalah, pengalaman hamil kali pertama, semua orang pasti akan teruja..

Oklah, sebelum tu...mari kita baca dulu apa dia 10 tanda penting kehamilan yang saya ambil dari laman babycenter..


10 Tanda Penting Kehamilan


Jika anda sangat peka dengan sebarang perubahan dalam badan anda, anda mungkin mula menjangka anda hamil tidak lama selepas persenyawaan. Tetapi kebanyakan wanita tidak mengalami sebarang simptom awal kehamilan sehingga telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding uterus, beberapa hari selepas persenyawaan. 



Sesetengah yang lain pula tidak perasan sebarang tanda kehamilan selama beberapa minggu dan mula tertanya-tanya "Adakah saya hamil?" hanya apabila mereka tidak datang haid.



Berikut ialah senarai beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami kesemuanya, sesetengah daripadanya, atau tiada langsung simptom-simptom kehamilan ini. 




1. Mengidam 

Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda. 



2. Warna aerola menjadi gelap 

Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. 



3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi 

Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda. 



4. Kerap membuang air kecil 

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap



5. Keletihan 

Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain. 


6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang. 

Baca lebih lanjut mengenai payudara sakit


7. Deria rasa berubah 

Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka. 


8. Mabuk hamil pagi (morning sickness)

Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. 

Baca lebih lanjut mengenai cara menangani loya dan muntah semasa hamil


9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. 

Dan akhir sekali... 


10. Ujian kehamilan yang positif 

Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah! 


Dah baca kan.. ok...cuba semak yang mana satu antara tanda2 di atas yang anda rasakan sekarang? ada 2 tanda? 3 tanda? Atau rasa semua tanda2 di atas tu? 

Bagi saya, saya tak rasa semua tanda2 di atas nie sekaligus...adalah 3 4 tanda yang mengena..

Baiklah, sekarang nak cerita pula tentang tanda2 yang saya rasakan apabila hamil :)


Tanda Hamil Kandungan Pertama (Sulung) 2011


Period saya sangat teratur...selalu on time..sama dengan tarikh bulan lalu..dan saya selalu diserang oleh senggugut apabila period. Sakitnya ya ampun..huhu

1. Perut kejang (cramp)

Ok, yang ni memang saya selalu rasakan seminggu atau beberapa hari sebelum period datang setiap bulan. So, masa perut kejang2 macam senggugut ni (x sakit sangat cuma x selesa), saya dah fikir...'oo, x lama lagi period nie..beberapa hari lagi .. kena bersedia la dengan pad..'..tapi, dah sampai tarikh period, masih x period juga...ni bukan senggugut lagi dah nie..


2. Lewat period

Tunggu..punya tunggu...sampailah hari yang sepatutnya saya period...
hari pertama...x period..
hari kedua..x period juga...
hari ketiga....aik, kenapa masih tak period juga nie..perut masih kejang2 ala2 senggugut...huhu

hari ke 4, pun masih x period juga...masa ni cuti hujung minggu, balik rumah suami. So, bawa la hubby pergi check..hihihi


3. Sakit Tulang Belakang

Ha...yang nie lah buat saya yakin sangat ada something wrong dengan saya ni...sebabnya, saya tak pernah sakit belakang bila period datang. Tak Pernah! masa ni, pinggang sakit...perut kejang2....tulang belakang punyalah sangat lenguh...sakit...


4. Muka pucat

Yang nie ada cikgu kat sekolah saya yang cakap...'patut la saya tengok ko hari tu pucat semacam ja. Saya fikir, mesti ko dah mengandung ni tapi saya x cakap pula masa tu..'

ha...orang2 tua yg dah berpengalaman, anak dah 6 7 orang mesti lebih tahu kan? hihi


5. Rasa sejuk 

Saya selalu rasa sejuk...sejuk yang entah lah macamna nak cakap..selalunya rasa sejuk sangat di tapak kaki..kalau tidur malam, rasa badan masuk angin jer..rasa nak berselimut saja walaupun sebenarnya xla sejuk sangat..


6. Jerawat naikk!! OMG!

Aha..saya memang la jenis berjerawat juga dulu..tapi lepas kawen jerawat dah x berapa nak naik dah...cuma masa ni, entah kenapa la si jerawat naik2 kat muka...perubahan hormon ibu mengandung lah tu! ;)


7. Pregnancy Test (UPT)

Saya check setelah lewat period 4 hari gara2 sakit sangat tulang belakang, pinggang dan perut ini. huhu....1st time check, 2 line! Tapi kabur....tak jelas yang satu tu..masa ni dah fikir nak ajak hubby g hosp hari tu jugak! :))

Dan..pergilah kami ke hosp kerajaan..kenapa la tak pergi klinik swasta saja masa tu (x terfikir pun..)...sebab menunggu keputusan saja hampir 3 jam! Dah la aircond sejuk kalah2 kawasan bersalji. Uwaa....

Tapi....bila doktor panggil.."Tahniah puan, puan mengandung..sakit pinggang dan belakang tu xda masalah..so nanti pergi buka buku di Klinik Ibu dan Anak ya.."..

Rasa2 macamana perasaan saya masa tu? Apalagi...senyuman meleret sampai telinga..haha..Alhamdulillah..

Hmm....apa lagi ya tanda2 masa tu...dah x berapa ingat la pula..hihi...itu masa awal januari tahun 2011 dulu..


Tanda2 Hamil Anak Kedua


1. Lewat Period

Haa...sejak saya ambil vitamin Shaklee dari bulan Mac 2013 hari tu, period saya sangat2 tepat tau. Kalau bulan lalu datang 7hb, bulan ni pun confirm datang 7hb juga...sejak Mac memang macam tu..bagus kan vitamin Shaklee.. ;)


2. Sakit Belakang

Bila rasa sakit2 belakang nie, tambah2 period dah lewat...dah terdetik dah di hati saya yang confirm mengandung balik dah nie..sebab hamil sulung dulu pun rasa gini cuma kali ni sakit belakang masa bangun pagi2 jer..dulu sepanjang masa sakit...

Ohh...dulu anak lelaki....adakah kali ini tandanya anak perempuan? Takpa2, saya tak kisah mana2..yang penting sihat walafiat..aminn.. :))


3. Jerawat naik lagi!

Hmm...sejak ambil vitamin2 Shaklee, saya rasa kulit saya makin glowing2 gitu..jerawat susahh sangat nak naik. Kalau keluar pun, sehari dah kecut balik. Wah! penangan set kecantikan kulit Shaklee niee...I likee!! Betul, saya tak tipu..hehehe

Tapi OMG, kali ni tiba2 pula jerawat naik lagi...besar pulak tu...sampaikan ada kawan di sekolah tegur..ehh farizah, kenapa ko tiba2 berjerawat nie??'....ermm...apalagi, perubahan hormon ibu mengandung lagi la nie! masa ni saya belum check kat hospital lagi...tapi hati dah berdetik, saya hamil lagi ker..?? ;D


5. Pregnancy Test (UPT)

Saya check sendiri kat rumah...setelah lewat 4 hari....guess what? Ada 2 line cuma still kabur2..dulu pun macam tu juga...hoho...confirmlah saya dah hamil...Alhamdulillah.

Kali ni, tak banyak sangat tanda2 yang saya rasai...tapi mungkin, sebab masih awal lagi. Loya2 tu belum ada lagi...saya google dan dapati kandungan saya baru berusia 6 minggu berdasarkan tarikh period yang terakhir..So, tunggu minggu depan la nanti nurse bagi confirm...

Oklah....itu sahaja yang saya kongsikan untuk kali ini. Kalau anda ada rasa tanda2 macam saya tu, insha Allah anda mungkin dah hamil...cepat2lah pergi confirmkan di hospital ya! hehe

Jangan lupa hubungi saya kalau nak ambil set vitamin Shaklee...

Kalau untuk ibu2, bakal ibu dan yang nak jadi ibu, bolehlah ambil..

  • Set menyusu (untuk susu banyak, ibu lebih bertenaga)
  • Set kehamilan (baik untuk ibu yang sedang hamil)
  • Set kesuburan (sesuai sangat untuk yang nak hamil! yang penting, doktor dah sahkan takda sebarang masalah..so, cubalah vitamin Shaklee...ramai rakan saya yang dah hamil juga lepas ambil vitamin Shaklee nie.. Ya Allah, saya tumpang gembira untuk mereka..)
  • Set kurus (sesuai juga untuk ibu yang baru bersalin dan nak kurus!)
  • Set Berpantang / Bersalin (bersalin normal ataupun czer, boleh ambil..seawal 2 hari selepas bersalin..selamat walaupun baby kena demam kuning..jangan ambil jamu2 dulu ya!)
  • Set kecantikan kulit (ha, yang ni semua golongan wanita boleh ambil..hihi..TERBAIK!)
Oklah...sebarang pertanyaan boleh hubungi saya..

Pengedar Shaklee
||Pn. Farizah Hamid||
||Sms/ Whatsapp 016-8427520||

COD : Area Kota Kinabalu - Kepayan, Putatan, Cybercity, KKIA

ATAU hubungi WAKIL PENGEDAR SHAKLEE KAMI :)


No comments:

Post a Comment