Saturday, February 27, 2016

Mengandung Tetapi UPT Negatif

Assalamualaikum semua!

Mengandung tetapi UPT negatif? Siapa pernah ada pengalaman begini? Rasa seperti diri hamil tetapi setiap kali cek UPT, mesti keputusannya negatif. Untuk anda yang tak tahu apa itu UPT, nama penuhnya ialah Urine Pregnancy Test (UPT) iaitu ujian untuk mengesan hcG atau hormon human chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh uri (plasenta) pada bayi. Ujian air kencing dengan menggunakan alat UPT ini membantu mendiagnosa kehamilan kita di awal kehamilan.

Mengandung lagi ketika usia bayi baru 3 bulan

Teringat pula pengalaman semasa mengandungkan anak ketiga. Bayangkan saya baru sahaja bersalin anak kedua, masa sedang dalam cuti bersalin 90 hari tu, sudah hamil lagi anak yang ketiga. Alhamdulillah murah rezeki. Memang rasa terkejut, risau, malu (sebenarnya malu bila masuk sekolah nanti lepas cuti bersalin ni, tak lama nanti nak cuti bersalin lagi. Huhu) dan macam-macam lagilah perasaannya masa tu. Siapa pernah berada dalam situasi sama macam saya ni, fahamlah perasaannya tu.

Pasa period tak datang-datang ni, suami pun hairan juga. Kami sama-sama syak saya hamil lagi. Tapi itulah, bila cek UPT, keputusannya asyik negatif. Walaupun negatif, period tak datang-datang juga. Tapi kan, firasat saya sangat kua mengatakan yang saya memang sedang mengandung lagi walaupun UPT tu negatif.

Kenapa UPT Negatif?

Mungkin masa cek tu, UPT yang saya gunakan adalah jenama lain daripada yang selalu saya gunakan. Jenama guardian saja pun. Murah tapi saya serasi. Hehe. Jenama yang saya guna kali ni jarang nampak tapi oleh sebab itu sajalah yang ada di Watson Ranau, saya pun ambil jugalah. Tapi..asyik-asyik negatif bila cek.

Kemudian, kami balik ke Kota Kinabalu (saya masih cuti bersalin, tapi ikut suami balik juga). Di KK, ajak suami pergi guardian pula. Banyaklah sikit pilihan UPT. Tapi macam biasa, saya tetap juga pilih jenama Guardian tu. Ala, harganya bawah RM10 rasanya. Memang murah saja. Kedekut sikit nak keluar duit untuk beli UPT mahal-mahal. hehehe

Balik rumah, memang tak sabarlah nak cek. Walaupun pernah terbaca, paling sesuai cek UPT ni masa lepas bangun pagi. Tapi, nak juga cek. Hati ni dah meronta-ronta ni. Tak sabar ni, tak sabar. Nak tahu apa keputusannya.


Jeng jeng jeng! Apa ya keputusannya?? Hehe. Maka, betullah firasat sang ibu ini. Memang daku mengandung! Naik 2 line walaupun tak terang sangat. Rasa nak ketawa ada, rasa nak menangis ada. Tak tahulah rasa apa sebenarnya perasaan masa ni. Keluar saja dari bilik air, tengok suami pun tak sabar-sabar nak tahu keputusannya. Saya pun apa lagi, gelak sakanlah. Bagitahu suami yang saya sah mengandung lagi. Alhamdulillah! J

2 comments:

  1. gatai...tapi cakap rezeki.....

    ReplyDelete
  2. Salam congrats sis.. sis sama dgn mamarayyan kan? Mcm sama cerita nya..

    ReplyDelete