Wednesday, June 4, 2014

Rahsia saya menjana pendapatan sampingan sehingga RM7K setiap bulan

Assalamualaikum...

Hi semua, ketika menulis entri ini, saya sedang menyusukan bayi saya yang kini berusia 55 hari. Jika sambil menyusukan, saya suka online dengan menggunakan hp sahaja. Sambil baring2 ..mudahnya..bayi selesa..saya selesa..saya isi masa dengan berkualiti kan? :)

Baiklah, sebenarnya saya teringin hendak berkongsi bagaimana saya menjana pendapatan sampingan sehingga RM7K (secara purata. Sebenarnya lebih dari RM7K) setiap bulan. Ini merupakan hasil pendapatan sampingan sahaja. Belum lagi termasuk gaji saya sebagai seorang guru. Gred DG41. Jika dihitung2, pendapatan bulanan saya sekarang bila campur semuanya, melebihi RM10K sebulan. Alhamdulillah..


Dahulu, saya sangat kagum apabila mendengar ada orang yang gaji bulanannya mencecah RM10K sebulan. Dalam fikiran saya, alangkah bahagianya jika saya juga mempunyai pendapatan bulanan sebanyak itu. Saya memang suka berangan!


Hasil daripada sifat suka berangan itulah yang membuatkan saya kini juga mempunyai pendapatan sebanyak itu. See? Tak salah berangan. Asalkan bukan angan2 mat jenin. Asalkan angan2 itu ada tindakan. Asalkan angan2 itu suatu yang logik dan boleh dicapai. Sebenarnya tiada yang mustahil jika kita PERCAYA kita boleh buat. Saya boleh. Kenapa anda tak boleh? Orang lain boleh, malah dah berjaya pun. Kenapa anda tidak boleh? Apa bezanya orang lain dengan anda?


Mungkin, bezanya ialah anda MALAS. Anda hanya ada angan2 yang besar, tapi sekadar angan2. Anda hanya ada impian yang setinggi awan, tetapi hanya sekadar impian. Tanpa ada tindakan, tanpa ada usaha, tanpa ada gerakan untuk melangkah. Anda hanya kaku berdiri di tempat yang sama sedangkan orang lain sudah jauh melangkah di hadapan.


Sebabnya? Orang lain itu ada USAHA. Orang itu berusaha untuk menjadikan angan2nya menjadi REALITI.


Oklah..cukup cerita mengenai angan2 dan usaha..


So, bagaimana nak dapat RM7K sebulan dengan Shaklee macam saya??

Pertama sekali, kenalah daftar keahlian Shaklee terlebih dahulu.

Sama ada bayar RM65 atau dapatkan FREE MEMBERSHIP dengan pembelian produk Shaklee sehingga RM650 (200point). 

* dulu saya pilih free membership. Sebab kenal Shaklee ni masa nak cari set menyusu. Milk booster. Bila tahu boleh dapat free membership + money cash back (150point ke atas dah layak bonus dah), memang saya rebut peluang tersebut. Biasalah, saya ni minat nak bisnes. Macam2 bisnes dah pernah cuba termasuklah MLM (MLM yang memang tipuu..sedihh. Tak nak ingat lagi dah).


Kedua, anda mesti guna produk Shaklee. Rasai sendiri. Kalau tidak, mcmana nak bagitahu orang lain yang produk Shaklee ni bagus kan?

Macam saya dulu. Saya ambil set menyusu. Akhirnya saya berkongsi mengenainya. Apa kesannya kepada saya. Betul la. Lepas ambil set menyusu shaklee ni (set 3M), Alhamdulillah memang ada beza. Rasanya sebab keperluan nutrisi saya cukup dengan pengambilan supplemen2. Ibu menyusu kan perlu lebih banyak zat2. Untuk diri sendiri dan juga baby.
Masa tu dan sekarang (sekarang kan ada baby lagi. Hihi) ,susu memang lebih pekat. Lebih banyak berbanding sebelum ambil set menyusu shaklee (sudah tentulah kena ikut tips2 yang diberikan lepas ambil set menyusu ni).


Ketiga, kenalah sharing pengalaman sendiri. Tell the world.

Ya. Dah rasa, dah guna, dah makan supplemen shaklee. Kenalah sharing apa yang kita rasa. Apa kelebihan yang kita dapat. Kan?..sharing is caring kan.

Sharing bagaimana?

Ala..Facebook kan ada. Daripada sharing apa yang anda makan hari ni, ke mana anda pergi hari ni, apa anda nak buat lepas ni, bagitau sedang gaduh dengan boyfriend la..isk3..lebih baik sharing yang memberi manfaat kepada anda dan orang lain kan....lagi satu, sharing dengan mulut..the power of mouth. Dulu, hanya 2 ni saja la yang saya tahu masa mula2 bershaklee.. tapi dua2nya BAGUS. Ada hasil.

Memang daripada sharing is caring inilah saya mula dapat semakin ramai customer.. dan juga semakin ramai rakan2 bisnes yang berminat untuk turut serta menjadi pengedar sah shaklee.
See? Nak income ribu riban takkan la dengan duduk goyang kaki pula. Go sharing. Tak payah nak malu2. Malu tu tak bagi duit pun.


Keempat, selalu kongsi / ambil / gunakan info / tips2 melalui secret group di fb dan semestinya, WHATSAPP.

Mudah. Sangat mudah.Bila anda dah join Shaklee, group2 inilah yang akan jadi teman setia anda.

Dulu, bermula daripada sharing2 otai2 dalam whatsapp inilah juga yang sangat membantu saya untuk lebih bersemangat dalam bershaklee. Yeah! I love my shaklee family. Rakan2 bisnes semuanya best. Saling berkongsi. Saling membantu..


Kelima, Belajar buat blog. Rangkaian lebih luas berbanding FB.

Ya. Ini salah satu perkara yang sangat mencabar bagi saya (dulu). Kini Alhamdulillah dah pandai sikit2 walaupun masih banyak yang perlu dipelajari. Tak payah upah2 orang untuk bikin pun.

Seriously, saya belajar semuanya sendiri. Dari A to Z. Betullah apa orang kata, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Saya percayakan itu :) jangan risau la. Kalau anda dah join shaklee, minta la ajar dengan saya. Boleh jer. Tapi yang simple2 saja la. Hihi.


Yang terakhir sekali, Jangan sekali2 MALAS, Jangan sekali2 MENGALAH, Jangan sekali2 PUTUS ASA.

Ini semua penting. Jika anda ada sifat dan fikiran NEGATIF, anda adalah salah seorang yang TIDAK AKAN BERJAYA.

Jika anda buang semua SIKAP & FIKIRAN NEGATIF itu. Tukar kepada POSITIF, saya yakin anda akan melangkah ke fasa baru. BERJAYA.


Kini setelah setahun lebih bershaklee, itulah purata pendapatan saya dalam Shaklee. RM7k sebulan hanya dengan BISNES SHAKLEE. Agak2, dalam setahun kita makan gaji, sama ada government atau swasta, ada tak kenaikan gaji sehingga mencecah RM7K sebulan? Ataupun BONUS tahunan yang diberi tu, pernah tak dapat RM7K setiap kali dapat Bonus? NO KOMEN.

Bukan tak bersyukur dengan apa yang majikan beri dengan kita. Bersyukur sangat2. Cumanya, kita kena TAMAK. TAMAK secara POSITIF untuk masa depan yang lebih cerah. Untuk kewangan yang jauh lebih baik.

Pernah tak anda merungut tentang BR1M? Pernah tak anda merungut tentang kenaikan harga minyak? kenaikan harga barang? dan macam2 lagi? Pernah? Kalau pernah, itu tandanya kewangan anda masih BELUM STABIL. Kalau dah stabil, anda takkan merungut dengan semua kenaikan harga tu.

So, anda juga kena bertindak. Bertindak dan jadi macam saya. TAMAK. Bukannya hanya mengharap gaji naik. Kita kena TAMAK, supaya boleh beri kehidupan yang lebih selesa untuk anak2..untuk ibu bapa..untuk keluarga kita..See? Kenalah tamak...

Ok, Lupakan tentang makan gaji. Sekarang, cuba Fikirkan tentang BONUS SHAKLEE.  Anda NAK atau TIDAK, anda tentukan. Tentukan juga berapa jumlah bonus yang anda nak Shaklee bagi. InsyaAllah bonus Shaklee saya akan bertambah lagi. Target yang besar2 la. Supaya nanti dapat yang besar2 juga. 20K..30K..100K..insya-Allah..Amin..


Oklah. Sampai itu saja dulu perkongsian saya tentang INCOME RM7K sebulan. Nak uruskan my baby dulu.

So Jika anda juga berminat untuk menyertai kami di shaklee, nak income ribu2 juga, jangan berlengah untuk menghubungi saya. Jom majukan diri untuk masa depan sendiri.


Salam sayang,
CEO SuperStar☆Team
Pn. Farizah Hamid
SMS/Whatsapp 0168427520

No comments:

Post a Comment