Wednesday, June 11, 2014

Mengapa Anda Perlu Makan Supplemen @ Vitamin?

Hidup kini adalah jauh berbeza dengan kehidupan dahulu kala.. orang2 tua kita mengamalkan kehidupan yang sihat, makanan yang sihat malah persekitaran yang sihat..


Hidup masa kini memerlukan anda untuk mengamalkan supplemen/vitamin/makanan tambahan untuk memastikan tubuh mendapat zat2 serta nutrisi yang memenuhi keperluan tubuh badan kita khususnya bagi mereka yang berkerjaya.


Mengapa pentingnya supplemen? Mungkin ada di antara anda yang tidak peduli atau sememangnya tidak mengetahui kenapa pentingnya untuk kita mengamalkan supplemen....

7 SEBAB ANDA HARUS MENGAMALKAN MAKAN SUPPLEMEN :


1.  Melengkapkan dos vitamin yang diperlukan dalam seharian.

Dalam sesetengah situasi, tubuh badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi dari makanan yang diambil.


Contohnya Vitamin E dan Vitamin C yang diperolehi dari makanan semata-mata tidak mencukupi untuk memberi pencegahan terhadap penyakit dan anti-penuaan.



2.  Kebanyakan buahan dan sayuran telah disembur racun perosak.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam kebanyakkannya telah disembur dengan racun perosak yang menjejaskan kualitinya.


Buah dan sayuran juga ditanam ditanah yang tidak subur dan mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah dan sayur yang ditanam secara organik.


Ini akan mempengaruhi kualiti dan zat yang ada didalam buah-buahan dan sayuran tersebut.


Malah, terdapat juga buah dan sayur yang telah di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama!
   



3.  Zat makanan mudah hilang.

Zat dan vitamin yang terdapat didalam makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.


Ini akan mengurangkan khasiat yang terdapat didalam makanan tersebut.


Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak makanan berlaku.



4. Pengambilan ubat-ubatan mengganggu penyerapan zat makanan.

Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik mengganggu proses penyerapan zat makanan.



5. Makanan seharian yang tidak seimbang.

Dos vitamin yang diperlukan juga tidak mampu dicapai akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan.


Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan berkurangan.



6. Gaya hidup tidak sihat.

Keperluan nutrisi di dalam tubuh juga tidak dapat dipenuhi akibat gaya hidup yang tidak sihat.


Mereka yang berkerjaya lebih menggemari makanan segera akibat kesuntukan masa. Kebanyakan warga kota juga lebih gemar membeli makanan diluar rumah yang tidak diketahui kebersihan dan kualiti makanannya.


Amalan merokok dan mengambil minuman beralkohol juga menyebabkan nutrisi didalam badan berkurangan.


7. Pencegahan dari awal.

Supplement yang diambil dapat membantu kita untuk mencegah beberapa penyakit kritikal.
Ini penting sebagai langkah pertama menghindari penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser, diabetis, arthritis dan sebagainya.


Jadi, walaupun kita mungkin telah mengambil  makanan yang dirasakan sesuai, boleh jadi kita masih sakit dan tidak segar kerana sebab-sebab di atas.


Supplement juga merupakan makanan tambahan, bukan bertindak sebagai pengganti.


Supplement berfungsi menambah nutrisi yang diperlukan dan bukan satu-satunya tempat pergantungan untuk mendapatkan nutrisi.


Ingat, jangan mengganggap bahawa SUPPLEMEN ini ialah UBAT. Tanggapan ini salah. Supplemen bukan ubat dan tidak akan memberikan kesan serta merta selepas pengambilan.
Ingat, jika anda mencari supplemen yang sesuai, pastikan ianya adalah selamat & 100% semulajadi.

Hasil kajian mendapati bahawa supplemen yang paling selamat & memberikan manfaat kepada tubuh adalah supplemen Shaklee. Ini adalah hasil kajian terhadap mereka yang telah lama mengamalkan supplemen Shaklee.


Malah, kajian tersebut juga mendapati mereka yang mengamalkan supplemen jenama lain juga lebih berisiko berbanding mereka yang langsung tidak mengamalkan supplemen. Ini disebabkan oleh kandungan makanan tambahan tersebut dari segi bahan kimia, dadah dan sebagainya.


Oleh itu, pilihlah Shaklee yang sudah 56 tahun bertahan di pasaran. Shaklee mengekalkan konsep Selamat, Semulajadi & Berkesan.



Saya harap anda semua dapat sedikit manfaat dari perkongsian ini.

Hubungi saya,
Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Pengedar shaklee Ranau, Pengedar Shaklee seluruh Sabah, Sarawak, Labuan, Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia.

Pn. Farizah 
ID 924243
SMS/Whatsapp 0168427520


No comments:

Post a Comment