Tuesday, June 3, 2014

Masalah Ketidaksuburan



Definisi Ketidaksuburan:


Sekurang - kurangnya setelah setahun mencuba untuk hamil dan yang sering mengalami keguguran...

Untuk Hamil :-

1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya ( ovulasi ).


2. telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim ).


3. Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.


4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim.


5. Masalah yang mengganggu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.


Kira - kira 1/3 kes ketidaksuburan berkaitan dengan wanita dan 1/3 daripada lelaki dan selebihnya adalah campuran faktor - faktor yang dikenalpasti.



Penyebab Ketidaksuburan:

1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.


2. Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid. 


Penyebab lain :

1. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis. 

2 Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst.

Selain itu pula adalah berkait dengan umur, stress, pemakanan seharian yang tidak elok, latihan olahraga, terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, alkohol, penyakit kelamin dan masalah kesihatan yang disebabkan hormon.




Antara penyebab biologi sukar hamil


Wanita (Isteri)
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid
 lelaki (Suami)

  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dan sebagainya


Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat- ubatan (drug / dadah)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

No comments:

Post a Comment