Thursday, June 5, 2014

Menyusukan anak (Fully Breastfeeding) tidak semudah yang disangka

Semua sedia maklum bahaya susu ibu adalah MAKANAN TERBAIK untuk bayi. Namun begitu, kenapa terdapat banyak susu formula yang dijual di pasaran? Seolah2 tidak menyokong kepada penyusuan susu ibu? Adakah itu bermaksud susu formula kini lebih menjadi keutamaan?



Bukan begitu.. cumanya kita tahu bahawa tidak semua ibu2 mempunyai susu badan yang banyak. Bukan semua ibu2 berpeluang untuk menyusukan badan sepenuhnya walaupun mempunyai hasrat sedemikian.. seorang ibu pastinya inginkan yang terbaik untuk anak2..



Maka, lantaran masalah2 yang tidak dapat dielakkan (penyakit dsbnya), susu badan yang sangat sedikit sehingga tidak mencukupi ataupun langsung tidak ada dan macam2 faktor akhirnya membuatkan si ibu terpaksa memilih susu formula ini..



Adalah penting untuk membuat pembacaan dan pelbagai rujukan terutamanya bagi ibu yang sedang hamil (hamil anak sulung khususnya) mengenai penyusuan bayi. Ini kerana, jika tiada persediaan yang cukup dari segi mental dan fizikal, maka ianya pasti akan membuatkan si ibu berasa tertekan apabila tiba saatnya untuk menyusukan bayi. Persediaan yang kurang ini menimbulkan masalah. Apabila ibu stress, ia salah satu punca utama yang menyebabkan susu badan tidak keluar.



Mengapa perlu membuat pembacaan dan rujukan? Kerana bakal ibu perlu bersedia dan tahu pelbagai aspek dalam penyusuan susu ibu. Antaranya ialah mengenai teknik lekapan bayi yang betul, keperluan ibu semasa menyusukan, cara ibu menangani stress, petua2 untuk memperbanyakkan susu badan dan macam2 lagi.




Memang tugas seorang ibu itu bukanlah semudah yang disangka. Apatah lagi bagi ibu yang bersalin anak pertama. Sokongan dan galakan suami serta keluarga adalah sangat penting. Seboleh2nya ibu perlu bijak menangani stress.



Oleh itu, bagi anda yang bakal menjadi ibu tidak lama lagi, sediakan diri selengkapnya dari aspek mental mahupun fizikal.



Jika anda tercari2 supplemen yang boleh memberikan anda nutrisi berkhasiat yang lengkap sebelum, semasa dan selepas bersalin (termasuklah set menyusu), saya syorkan untuk memilih Shaklee. Ianya pilihan yang paling selamat dan semulajadi.




Jika ada sebarang pertanyaan mengenai supplemen Shaklee, sila hubungi saya.

Pengedar Shaklee anda :
Pn. Farizah Hamid
ID 924243
SMS/Whatsapp 0168427520 / 0168427563
COD Area Kota Kinabalu : Putatan, Cybercity, Petagas, Kepayan, KKIA

No comments:

Post a Comment