Thursday, February 16, 2017

Vitamin Shaklee Rosakkan Buah Pinggang?

Assalamualaikum semua,

Saya baru sahaja balik dari hospital. Risau sebab sudah 2 hari sakit di belakang pinggang bahagian bawah.  Manalah tahu ada apa-apa masalah kan. Arwah bapa saya dulu memang meninggal dunia disebabkan oleh penyakit buah pinggang. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bapa saya, Hamid bin Manaf ya. Sudah 23 tahun beliau meninggalkan kami. Sejak saya berumur 8 tahun. Terima kasih semua.

Dipendekkan cerita, saya sudah berjumpa doktor mengenai sakit pinggang saya ni. Ada buat ujian air kencing. Bila keluar keputusan, semuanya negatif termasuklah ujian UPT untuk cek sama ada mengandung atau tidak. Oh alangkah seronoknya kalau mengandung. Apalagi kalau kembar. Yahooo!

Malangnya tidak mungkin sebab saya sekarang sedang pakai implanon. Hehe. Merancang sekejap untuk 3 tahun. Ada 3 orang hero lelaki sudah ni. Cuma nak jarakkan dululah sebab sebelum ni memang rapat sangat. Hihi. InsyaAllah merancang nak hamil lagi pada 2018 nanti. Mudah-mudahan dapat anak perempuan pula. Kembar tiga pun saya nak! Aamiinn..doakan saya ya.

Alhamdulillah, kata doktor tiada apa masalah dengan pinggang saya. Cuma mungkin saya penat sebab memandu berulang alik ke sekolah pedalaman dalam 3 hari ni. Maklumlah driver kami jadi guru pengiring sukan zon jadi dia tak masuk sekolah. Terpaksalah daku yang pandu.

Satu lagi, saya rasa sakit pinggang ini juga disebabkan postur badan yang salah masa tidur. Apa tidaknya, anak yang bongsu umur 2 tahun menyusu berjam-jam. Posisi pula macam-macam style. Sampai saya yang terpaksa redha ja la. Hehe

Kalau anda hendak tahu, saya makan banyak vitamin Shaklee. Tapi banyak juga minum air tau. Alhamdulillah bila keluar keputusan air kencing ni, maksudnya tiada apa masalah dengan buah pinggang saya sama ada jangkitan dan sebagainya.

Memang sebelum ni pun tidak terfikir yang makan vitamin shaklee rosakkan buah pinggang cuma saja saya nak buat pemeriksaan. Takut juga kan kalau tak sedar yang diri ini sedang sakit. Tambah pula suami jauh nun di Sarawak. Saya di Ranau seorang diri mengurus anak-anak yang masih kecil. Mudah-mudahan suami akan dapat pindah ke Sabah secepat mungkin. Aamiin..

Baiklah, anda semua jangan takut tau nak makan vitamin Shaklee. Jaminan Shaklee adalah selamat, berkesan dan semulajadi. Dah 100 tahun kot sejak vitalea shaklee iaitu multivitamin pertama dunia dikeluarkan. Shaklee memang terbaik!

Anda hendak beli Vitamin Shaklee?
Anda ingin mendaftar menjadi Pengedar Shaklee yang Sah?

Saya orang yang tepat untuk anda hubungi khususnya jika anda berada di Ranau.

Mengapa mesti memilih VITAMIN SHAKLEE ?

✔ Halal
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER / DAFTAR SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE :
===========
☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke 016-8427520 (Pn.Farizah)

PENGEDAR SHAKLEE RANAU,SABAH
Area Cover : Kg Kituntul Baru, Kg Silou, Kg Matan, Kg Paka 2, Kg Kiaburi, Kiaburi Plaza, Kg Puru-Puru, Hospital Ranau, KKIA Ranau, Jabatan Kesihatan Ranau, Kundasang dan seluruh kawasan berhampiran.

No comments:

Post a Comment