Wednesday, February 15, 2017

Bagaimana Meningkatkan Antibodi Anak

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Pagi ini sementara ada masa senggang sekejap, saya suka hendak berkongsi dengan anda tentang kesihatan anak. Mesti ramai ibu bapa di luar sana yang selalu mencari Cara Bagaimana Meningkatkan Antibodi Anak. Maklumlah saya juga merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak lelaki yang berumur 5, 3 dan 2 tahun. Semuanya memang anak soleh yang lasak! Hehe

Anak saya yang sulung bersekolah di Tadika PASTI manakala yang dua lagi saya hantar ke Taska. Jadi sudah tentulah kita sedia maklum, kalau namanya dihantar ke Taska, memang anak-anak berisiko tinggi untuk dijangkiti selsema, demam dan lain-lain termasuklah HFMD (Ini memang ketiga-tiga anak saya pernah kena).

Kita sebagai ibu bapa mestilah selalu risaukan kesihatan anak-anak. Apatah lagi apabila mereka demam, sukar untuk kita hendak bekerja. Asyik fikirkan anak sahaja. Ada juga masa kita terpaksa mengambil cuti rehat ataupun cuti sakit (MC) untuk menjaga anak yang sakit. Tak sampai hati hendak tinggalkan dengan pengasuh.

Tapi apa yang agak menyedihkan, baru sahaja anak sembuh daripada demam. Bila hantar ke taska semula, esok lusa tiba-tiba demam lagi. Sukarnya keadaan macam ni kan. Tapi ibu-ibu kena kuat. Inilah antara dugaan yang perlu kita tempuhi. Apa yang perlu kita buat ialah sentiasa berdoa agar anak-anak sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Doa ibu kan mustajab. InsyaAllah.

Selain itu, kita mestilah usaha untuk bagi anak-anak makan supplemen yang sesuai dengan usia mereka. Jangan pula pilih supplemen yang sembarangan.

Saya nampak bermacam jenis supplemen kanak-kanak dijual umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Ada supplemen yang berbentuk seperti gula-gula, pelbagai warna dan manis pula rasanya. Hati-hati. Jangan mudah terpedaya dengan iklan dan testimoni kerana iklan dan testimoni ada juga yang dibuat-buat.

Apa yang mbimbangkan ialah jika supplemen itu lebih banyak perasa dan pewarna berbanding kandungan nutrisinya untuk anak-anak kita. Sedih bila ibu bapa mengharapkan sudah memberi yang terbaik tetapi rupa-rupanya ditipu bulat-bulat.

Jika anda sedang mencari supplemen kanak-kanak, maka saya sangat menyarankan anda untuk memberikan supplemen Shaklee kepada anak-anak anda. Jadi persoalan anda Bagaimana Meningkatkan Antibodi Anak kini terjawab!

Kenapa Shaklee?

1. Shaklee ada ujian klinikal dan Landmark Study kepada supplemen yang dikeluarkan.

2. Supplemen Shaklee bukanlah supplemen yang baru bertapak beberapa bulan atau tahun tetapi sudah 100 tahun sejak penghasilan supplemen yang pertama iaitu Vitalea Multivitamin Shaklee iaitu multivitamin pertama yang mana itulah asalnya nama VITA-MIN itu sendiri. Pengasasnya pula ialah Dr.C Forest Shaklee. Seorang doktor yang memikirkan kebaikan untuk orang lain dan bukannya berasaskan keuntungan semata-mata.

Supplemen Shaklee untuk Kanak-Kanak (Mealshakes, Vita C Chewable, Omega, Vitalea Kids dan saya add On Nutriferon Shaklee juga)

1. Mealshakes

Istimewanya Mealshakes Shaklee adalah kerana ianya rendah lemak dan rendah glisemik. Juga mengandungi 19 jenis vitamin serta mineral penting. Sangat sesuai diberikan kepada anak-anak dan WAJIB bagi untuk anak-anak yang kurang selera makan, masalah ekzema dan asthma.

Saya memang sentiasa pastikan Stok Mealshakes sentiasa ada untuk anak-anak saya. Saya campurkan dalam susu mereka setiap hari.

2. Vitamin C Chewable

Vita C Chewable 100g adalah berbentuk tablet yang rasanya manis masam. Boleh dikunyah begitu sahaja. Anak saya yang bongsu umur 2 tahun suka kunyah terus manakala yang umur 3 tahun tidak berapa gemar mungkin kerana ada rasa masam. Terpaksalah tambah dos untuk vitamin lain untuknya.

Vitamin C Chewable Shaklee ini penting untuk tulang, gigi, gusi dan struktur am tubuh. Selain itu ia juga meningkatkan pertahanan semulajadi tubuh badan anak-anak kita.

3. Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee ini adalah dalam bentuk softgel. Mengandungi asid lemak Omega 3 EPA dan DHA dari minyak ikan terbaik dunia. Sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak. Sesuai diambil oleh kanak-kanak dari umur 1 tahun dan ke atas. WAJIB ambil jika anak-anak anda tergolong dalam kanak-kanak hiperaktif dan autism.

Saya berikan anak khasiat Omega dengan mencampurkannya dalam susu memandangkan anak-anak belum pandai mengunyah dan suka keluarkan balik kecuali yang sulung.

Dia memang sejak umur 2 tahun suka kunyah begitu sahaja. Sampai sekarang dia suka makan Omega. Anak pintar ini memang sangat banyak akal. Alhamdulillah kesan pengambilan Omega secara konsisten dengan izin Allah juga.

4. Vitalea Kids

Vitalea Kids ini baru saja muncul semula pada tahun 2015 tau. Setelah sekian lama. Memang sangat ditunggu-tunggu. Formulanya diperbaharui!

Istimewanya Vitalea Kids Shaklee ialah ia mengandungi 18 jenis vitamin dan mineral yang perlu, 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B, kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain.

Banyak khasiatnya untuk anak-anak kita. Rasanya sedap. Boleh dikunyah begitu sahaja. Rasa seperti anggur. Semua anak saya suka makan termasuklah yang nombor 2 tadi. Hehe

5. Nutriferon

Nutriferon ni dalam bentuk serbuk dalam sachet. Ada 30 sachet semuanya dalam 1 kotak. Senang sangat hendak bagi anak-anak makan. Tuang terus dalam mulut. Sampai kalau saya tak sembunyikan, anak-anak akan minta banyak kali. Sedap rasanya.

Nutriferon Shaklee fungsinya ialah meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan untuk melindungi daripada jangkitan selsema, demam, flu, viral dan bakteria.

Sebab itu Nutriferon memang anda WAJIB sediakan dalam rumah. Bersiap sedia sebab demam dan selsema suka menyerang bila-bila masa. Satu keluarga boleh makan. Bolehlah lupakan Panadol.

Baiklah. Jika anda berminat untuk mencuba Set Vitamin Kanak-Kanak Shaklee ini, saya adalah orang yang tepat untuk anda hubungi. Kita saling berkongsi rasa tentang kesihatan anak-anak.

Mengapa mesti memilih VITAMIN SHAKLEE ?

✔ Halal
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER:
===========

☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke 016-8427520 (Pn.Farizah)

PENGEDAR SHAKLEE RANAU, SABAH.
Area Cover : Kg Kituntul Baru, Kg Silou, Kg Matan, Kg Paka 2, Kg Kiaburi, Kiaburi Plaza, Kg Puru-Puru, Hospital Ranau, KKIA Ranau, Jabatan Kesihatan Ranau, Kundasang dan seluruh kawasan berhampiran.

Pos Seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan G-dex / Pos Laju / Citylink mengikut kawasan anda.

3 comments:

  1. Sy pun dah mula berikan suplemen shaklee utk anak yg sulung setelah capai umur 1tahun..skrg dah 1tahun 8bulan. Syukur..hanya sakit bila nak tumbuh gigi. Tu pn mcm tak sakit sebab tak meragam. Masih aktif bermain biarpn panas badan dan biasanya 1-2hari dah tak panas badan.

    ReplyDelete
  2. Supplemen anak memang penting diambil untuk menggelakkan mcm2 penyakit berlaku.

    ReplyDelete
  3. Wajib bagi vitamin kepada anak. Melabur kesihatan anak2 sangat baik untuk menjimstkn RM kita.

    ReplyDelete