Assalamualaikum semua!
Mengandung tetapi UPT negatif? Siapa pernah ada
pengalaman begini? Rasa seperti diri hamil tetapi setiap kali cek UPT, mesti
keputusannya negatif. Untuk anda yang tak tahu apa itu UPT, nama penuhnya ialah
Urine Pregnancy Test (UPT) iaitu ujian untuk mengesan hcG atau hormon human
chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh uri (plasenta) pada bayi. Ujian
air kencing dengan menggunakan alat UPT ini membantu mendiagnosa kehamilan kita
di awal kehamilan.
Mengandung lagi ketika usia bayi baru 3 bulan
Teringat pula pengalaman semasa mengandungkan anak
ketiga. Bayangkan saya baru sahaja bersalin anak kedua, masa sedang dalam cuti
bersalin 90 hari tu, sudah hamil lagi anak yang ketiga. Alhamdulillah murah
rezeki. Memang rasa terkejut, risau, malu (sebenarnya malu bila masuk sekolah
nanti lepas cuti bersalin ni, tak lama nanti nak cuti bersalin lagi. Huhu) dan
macam-macam lagilah perasaannya masa tu. Siapa pernah berada dalam situasi sama
macam saya ni, fahamlah perasaannya tu.
Pasa period tak datang-datang ni, suami pun hairan juga. Kami
sama-sama syak saya hamil lagi. Tapi itulah, bila cek UPT, keputusannya asyik
negatif. Walaupun negatif, period tak datang-datang juga. Tapi kan, firasat
saya sangat kua mengatakan yang saya memang sedang mengandung lagi walaupun UPT
tu negatif.
Kenapa UPT Negatif?
Mungkin masa cek tu, UPT yang saya gunakan adalah jenama
lain daripada yang selalu saya gunakan. Jenama guardian saja pun. Murah tapi
saya serasi. Hehe. Jenama yang saya guna kali ni jarang nampak tapi oleh sebab
itu sajalah yang ada di Watson Ranau, saya pun ambil jugalah. Tapi..asyik-asyik
negatif bila cek.
Kemudian, kami balik ke Kota Kinabalu (saya masih cuti
bersalin, tapi ikut suami balik juga). Di KK, ajak suami pergi guardian pula. Banyaklah
sikit pilihan UPT. Tapi macam biasa, saya tetap juga pilih jenama Guardian tu. Ala,
harganya bawah RM10 rasanya. Memang murah saja. Kedekut sikit nak keluar duit
untuk beli UPT mahal-mahal. hehehe
Balik rumah, memang tak sabarlah nak cek. Walaupun pernah
terbaca, paling sesuai cek UPT ni masa lepas bangun pagi. Tapi, nak juga cek. Hati
ni dah meronta-ronta ni. Tak sabar ni, tak sabar. Nak tahu apa keputusannya.
Jeng jeng jeng! Apa ya keputusannya?? Hehe. Maka,
betullah firasat sang ibu ini. Memang daku mengandung! Naik 2 line walaupun tak
terang sangat. Rasa nak ketawa ada, rasa nak menangis ada. Tak tahulah rasa apa
sebenarnya perasaan masa ni. Keluar saja dari bilik air, tengok suami pun tak
sabar-sabar nak tahu keputusannya. Saya pun apa lagi, gelak sakanlah. Bagitahu suami
yang saya sah mengandung lagi. Alhamdulillah! J
gatai...tapi cakap rezeki.....
ReplyDeleteSalam congrats sis.. sis sama dgn mamarayyan kan? Mcm sama cerita nya..
ReplyDelete