Saturday, February 18, 2017

Makanan Ringan Merosakkan Otak Anak

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya terbaca satu artikel yang ditulis oleh Dr Rizal Abu Bakar yang merupakan seorang Senior Lecturer di UNIMAS, Pakar OTAK, Berkelulusan Ph.D., Saintis hebat yang mengkaji perihal tidur dan otak. Ya, ilmunya sarat dan padat. Artikelnya menjurus kepada Makanan Ringan Merosakkan Otak Anak.

Sebagai seorang ibu, saya juga tidak lepas daripada kecuaian dalam menjaga pemakanan anak-anak. Tiga orang anak saya yang masih kecil iaitu 5, 3 dan 2 tahun sering terdedah dengan persekitaran di mana sepupu mereka sangat suka makan makanan ringan ataupun jajan.

Malah, minuman berkarbonat yang sangat manis itu jugalah menjadi kegemaran mereka. Justeru, anak-anak saya akan selalu menangis meminta supaya dapat merasa apa yang sepupu mereka makan dan minum itu. Kadang-kadang saya kasihan dan bagi juga.

Apabila terbaca artikel Dr Rizal hari ini. Sedih rasanya saya. Bagaimana makanan ringan itu merosakkan otak dan kesannya yang buruk. Padahal saya mengharapkan anak-anak saya dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang cerdik.

Antara isi artikel Dr Rizal yang saya petik ialah :

Makanan ringan boleh menyebabkan otak mengecil. Ya! Otak boleh mengecil.

Ramai yang sayangkan anak-anak tapi ramai juga tidak sedar bahawa mereka menjadi peracun bersiri pada otak anak-anak.

Maksudnya? Merekalah menjadi tukang beli racun-racun ini dan menyuapkan ke mulut anak-anak.

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?

Makanan ringan yang kita beli atau benarkan anak-anak mengambilnya menjadi penyebab kepada tempat takungan memori di dalam otak yang bernama hippocampus mengecil.

Hippocampus adalah pusat pembelajaran perkara-perkara baru di dalam otak.

Kalau tempat takungan memori mengecil, otak keseluruhannya mengecil, hantarlah ke mana-mana pusat tusiyen atau seminar untuk memandaikan dan mematangkan anak-anak, nescaya ianya hanya sia-sia.

Takut kan? Rasa kasihan dengan anak-anak sehingga kita lupa tentang bahaya jajan dan akhirnya kita sendiri yang membelikan jajan itu untuk anak-anak sedangkan kita sebenarnya memberikan 'racun' yang merosakkan otak mereka.

Jadi, apa cara kita sebagai ibu bapa untuk atasi masalah ini supaya tidak menjadi teruk?

Dr Rizal menyarankan agar kita :

1. Jauhkan dan elakkan anak-anak kita mengambil makanan dan minuman ringan.

2. Selalu perhati dan teliti apa yang anak-anak makan.

3. Kita perlu menerangkan tentang maklumat makanan alternatif yang sihat untuk otak kepada anak-anak.

4. Kita juga haruslah menyediakan makanan alternatif yang sihat untuk otak kepada anak-anak.

5. Kita juga perlu tukar kepada makanan yang sihat untuk otak.

Apakah Makanan yang Sihat untuk Otak anak-anak?

Sudah tentulah mengambil makanan yang sihat dan cukup nutrisi. Berikan makan sayur dan buah-buahan setiap hari. Selain daripada amalan pemakanan yang sesuai mengikut Piramid Makanan.

Selain itu, berikan juga makanan tambahan yang baik kepada anak-anak.

Anda boleh cuba Set Kanak-Kanak Shaklee iaitu Mealshakes, Vitamin C Chewable,Vitalea Kids, Omega Guard dan Nutriferon.

Jika tidak cukup bajet untuk mencuba kesemuanya, mulakan dengan memberikan Omega Guard kerana Omega Guard Shaklee membantu perkembangan otak dan memori kanak-kanak kerana mengandungi DHA & EPA.

Sebiji Omega boleh membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 DHA & EPA yang mana ianya sangat baik untuk otak anak kita!

Jadi, jika sebelum ini kita rasa bersalah kerana asyik memberikan anak-anak makan jajan,apa kata hari ini kita mula bertindak dan berikan pula makanan yang baik untuk otak dan kesihatan tubuh anak-anak kita.

Nilai kesihatan anak pastinya jauh lebih mahal dibandingkan dengan nilai wang ringgit. Kesihatan anak keutamaan ibu bapa.

Mengapa mesti memilih VITAMIN SHAKLEE ?

✔ Halal
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER:
===========

☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke 016-8427520 (Pn.Farizah)

PENGEDAR SHAKLEE RANAU SABAH
COD SHAKLEE Area Kg Kituntul Baru, Kg Silou, Kg Matan, Kg Paka 2, Kg Kiaburi, Kiaburi Plaza, Kg Puru-Puru, Hospital Ranau, KKIA Ranau, Jabatan Kesihatan Ranau, Kundasang dan seluruh kawasan berhampiran.

No comments:

Post a Comment