Monday, March 7, 2016

Cantik Dan Kurus Dengan ESP Shaklee

Cantik Dan Kurus Dengan ESP Shaklee || Setiap wanita memang suka cantik, memang suka kurus. Begitulah wanita. Saya pun begitu juga. Sejak zaman remaja, sampailah zaman dah jadi ibu, masih juga hendak cantik dan kurus.

Biasalah, wanita ni kena selalu jaga badan. Apatah lagi bagi yang sudah berkahwin. Bukan apa, untuk keselesaan diri dan suami juga. Nanti, suami pun tak hingin nak pandang-pandang jeling-jeling perempuan lain lagi. Tak gitu?

Petua Cantik dan Kurus dengan mudahnya, apa kata anda amalkan ESP Shaklee secara konsisten. Nak cantik? Nak kurus? Dua-dua boleh. Cuba dulu ESP Shaklee ni, pasti anda tak menyesal.

Kenapa ya boleh cantik dan kurus dengan ESP Shaklee?

Ok, saya cerita sikit ya. 

Cantik dengan ESP Shaklee. Bagaimana tu?

Ingin Kulit Cantik, ESP ada jawapannya
ESP Shaklee ni kalau anda nak tahu, nama penuhnya ialah Energizing Soy Protein. Ya, ianya protein. Bukan dari haiwan, tetapi dari tumbuhan. Selamat....Tahu tak, badan kita perlukan sumber protein yang cukup? Apa yang kita perlu ambil kalau nak kuku, rambut dan kulit kita jadi cantik? Kita perlukan protein. Jadi, ESP Shaklee adalah sumber protein pilihan terbaik untuk anda.

Kenapa saya kata terbaik? Sebab ianya adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Ia diproses dengan suhu yang rendah bagi menjamin kualiti protein dalam kacang soya. Satu tin ESP ni adalah 850 gram yang dihasilkan daripada 30kg kacang soya tau.

Yup, 30 kg. Bukan alang-alang tu. Ingat, kalau minum ESP, jangan bancuh dengan air panas. Bancuh dengan air suam atau sejuk sahaja sebab suhu yang tinggi akan memusnahkan protein. Sayanglah nanti tak dapat khasiat protein tu kan.

Baik, anda dah tahu yang ESP Shaklee ni sumber protein terbaik untuk membantu anda mendapatkan kulit yang sihat, cantik, mulus, gebu, cerah dan bebas cela. Pasti berseri-seri punya. Kecuali anda minum tak konsisten. Itu salah sendiri. hihi

Sejak minum ESP Shaklee, jerawat saya CEPAT KERING. Parut bekas jerawat CEPAT HILANG. Jerawat batu CEPAT SURUT. Kulit pun rasa SIHAT dan BERSERI. Masa bersalin anak kedua pun, suami sempat cakap lagi kulit saya TAK KUSAM dan NAMPAK BERSERI-SERI. Tak berminyak pun. Best kan bila suami puji? Hehe.

Kurus dengan ESP Shaklee. Macamana pula ni?



Baik. Nak tahu tak? Dulu berat saya 55kg. Iyalah, saya ni ibu kepada 3 orang anak. Jadi, badan pun bila baru bersalin ni belum dapat berat asal sebelum mengandung dulu. Dulu-dulu 48kg jer. Hehe

ESP + Mealshakes memang sedap!

Setiap pagi, sebelum saya pergi ke sekolah, saya akan bancuh ESP + Mealshakes. Nyum-nyum. Curi sikit mealshakes anak sebab sedap oo...memang sedap. ESP + Mealshakes ni rasanya sedap, wangi..paling penting, mengenyangkan.

Kalau saya terlupa minum pagi-pagi, perut ni memang berbunyi-bunyi sebab lapar. Nanti masuk kelas pun dah tak fokus mengajar gara-gara menahan lapar. Haa susah tu. Lagi-lagi bila saya ni ada gastrik. Bila perut dah berangin, menahan sakitlah gamaknya.

Jadi, bila saya dah minum ESP ni, memang perut rasa kenyang. Tak bunyi-bunyi lapar pun. Kalau minum jam 6.30am, sampai jam 9 pagi pun masih rasa kenyang. Tapi saya suka sarapan awal kat sekolah, cumanya bila dah minum ESP, bila ke kantin, tak teringin nak ambil banyak-banyak makanan tu. Takut tak habis sebab memang rasa kenyang. Cuma saja nak makan juga, sebab takut kehabisan lauk! haha.

Saya perasan, bila amalkan minum ESP, dalam tempoh sebulan, berat saya turun 3 kg. Daripada 54kg, tinggallah 51kg. Ops, tunggu dulu. Awak kenalah kawal makan juga ya. Saya konsisten dengan sarapan, konsisten minum ESP supaya selalu kenyang. Jadi, masa sarapan, lunch dan dinner, kuranglah makan. Bila kalori yang saya ambil tu kurang daripada keperluan harian, maka sebab itulah badanku menjadi semakin kurus. Yeah, suka2!

Itulah ceritanya. ESP bantu kita rasa kenyang dan kawal kita daripada makan berlebih-lebihan. Bila makan berlebih-lebihan, itulah sebabnya badan kita pun naik berkilo-kilo. Huhu


Baiklah, kalau anda berminat nak cuba ESP Shaklee ni, bolehlah hubungi saya. Harganya RM150 belum termasuk kos penghantaran. TAPI, kalau anda nak harga murah dan jimat, bolehlah hubungi saya. Harga RM150 ni adalah harga runcit Shaklee. Tapi anda boleh ja dapat harga murah kalau nak jimat.

Rakan Kulit Sihat dan Cantik Anda,
Pn. Farizah Hamid
016-8427520 / 016-8427563 (Faysal)
COD Kiaburi Plaza Ranau, Sabah
Penghantaran seluruh Malaysia



No comments:

Post a Comment