Thursday, February 23, 2017

Kenapa Rasa Mengantuk Selepas Makan Vitamin Shaklee?

Assalamualaikum semua,

Pernah tak rasa pening, mengantuk dan lain-lain selepas makan vitamin Shaklee? Sampaikan anda fikir, eh dah kenapa ni. Bukankah vitamin Shaklee ni bagus? Kenapa rasa mengantuk selepas makan vitamin Shaklee pula?

Baiklah. Saya hendak kongsikan dengan anda apa yang dapat masa Roadtour Landmark Study Shaklee hari tu.

Rasa Mengantuk Selepas Makan Vitamin Shaklee itu biasa

Sebenarnya, pada awal pengambilan vitamin shaklee, ada sesetengah orang akan rasa pening, badan rasa panas, mengantuk dan lain-lain. Kenapa ini boleh terjadi?

Menurut Dr Daggy, semua perkara itu adalah biasa.

Apabila badan diberi nutrisi yang banyak sekaligus, ia akan melalui fasa yang disebut BODY ADJUSTMENT.

Kesannya cuma sementara waktu sahaja. Usah risau kerana, apabila badan sudah serasi, badan sudah boleh adapt, kita akan rasa badan menjadi lebih ringan, selesa dan bertenaga.

Dalam fasa awal body adjustment ini, Dr Daggy sarankan agar :

1. Minum air banyak.

2. Rehatkan badan (Rest).

3. Kurangkan (Reducekan) kuantiti pengambilan vitamin Shaklee dari biasa. Misalnya biasa makan Alfalfa Shaklee 10 biji sehari, kurangkan dulu kepada 3 biji sehari.

4. Ambil vitamin Shaklee sedikit demi sedikit. Jangan ambil sekali gus.

5. Ambil vitamin Shaklee selepas makan. Bukan semasa perut kosong.

Jadi, bila anda merasa gejala-gejala awal seperti yang disebutkan di atas tadi, maka jangan lupa cuba apa yang disarankan oleh Dr Daggy ini.

Eh, siapa ya Dr Daggy ni?

Dr Bruce Daggy adalah merupakan saintis Shaklee. Bukan doktor biasa. Jadi apa yang disarankan itu sudah semestinya berdasarkan pemerhatian dan kajiannya sendiri.

Hendak tahu lebih lanjut tentang team saintis Shaklee, bolehlah jenguk-jenguk di sini ----> http://healthresource.shaklee.com/team/dr-bruce-daggy/

Mengapa mesti memilih VITAMIN SHAKLEE ?

✔ Halal
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER:
===========

☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke 016-8427520 (Pn.Farizah)

PENGEDAR SHAKLEE RANAU SABAH

COD SHAKLEE Area Kg Kituntul Baru, Kg Silou, Kg Matan, Kg Paka 2, Kg Kiaburi, Kiaburi Plaza, Kg Puru-Puru, Hospital Ranau, KKIA Ranau, Jabatan Kesihatan Ranau, Kundasang dan seluruh kawasan berhampiran.

Tuesday, February 21, 2017

Vitamin Untuk Cikgu

Assalamualaikum semua,

Apa khabar hari ini untuk hari anda sebagai seorang cikgu? Penat kan bekerja walaupun hanya setengah hari. Nama saja setengah hari tetapi sebenarnya ramai cikgu yang selalu kerja lebih masa ataupun Overtime di sekolah. Terlampau banyak kerja yang perlu disiapkan seolah-olah kerja tu memang tak akan pernah selesai. Sampailah cikgu jadi stress. Masa inilah anda perlu cari apa Vitamin Untuk Cikgu.

Saya seorang cikgu. Mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahap 1. Mungkin ada yang memandang remeh dengan guru BM. Sedangkan menjadi guru bahasa itu bukanlah suatu yang mudah. Malah sangat mencabar.

Kerja cikgu di sekolah bukanlah setakat mengajar semata-mata. Guru perlu menyiapkan Rekod Pengajaran Harian, menyemak kerja murid, mentaksir murid, menjadi guru bertugas mingguan, guru bertugas RMT, menyediakan segala bahan bantu mengajar. Sekarang ini pula PAK21 sangat ditekankan. Ada sahaja benda baharu yang menambah beban fikiran dan stress untuk cikgu.

Tugas-tugas lain seperti guru kelas, guru RMT, guru pusat sumber, guru sukan, guru pengiring dan lain-lain (terlalu banyak untuk disenaraikan). Semuanya memerlukan masa dan tenaga guru. Penat tidak?

Bagi saya, bukan fizikal yang penat tetapi otak. Sampaikan selalu diserang migrain, rasa tidak bersemangat dan lesu. Penat mengajar itu memang lebih memenatkan daripada penat fizikal.

Apa tidaknya, pelanggan kita ialah murid-murid. Kalau murid Tahap 1 pula, memang akan jumpa pelbagai ragam. Sabarlah cikgu. Kita dalam bidang yang sama.

Cara Saya Untuk Mengurangkan Stress dan Kelesuan

Saya tahu kerja kita berat. Jadi saya amalkan vitamin yang dapat membantu saya mengurangkan keletihan mental dan fizikal. Vitamin yang dapat bantu cukupkan keperluan nutrisi harian. Vitamin yang dapat bantu saya kekal nampak muda. Hehe

Betul. Dalam gurau saya serius. Kita sebagai guru memang WAJIB amallan makan vitamin tau. Bila kita stress, itu akan membuatkan tubuh kita mudah jatuh sakit. Pelbagai penyakit mudah menyerang. Migrain dan sebagainya sehingga menjejaskan aktiviti harian kita.

Apa Vitamin Untuk Cikgu?

1. Vitalea - Multivitamin yang bantu cukupkan keperluan nutrisi tubuh. Bila amalkan secara konsisten, kajian menunjukkan mereka yang mengambil Vitalea jarang jatuh sakit.

2. B-Complex - Membantu melegakan stress.

3. Vitamin C SR - Membantu meningkatkan imun tubuh. Jadi kita tidaklah selalu demam dan selsema.

4. ESP - Protein untuk perbaharui sel-sel badan. Protein kan makanan sel. Nak kulit cantik amalkanlah selalu.

5. Perforance Drink - Lebih baik daripada minuman berkarbonat 100plus. Membantu agar lebih bertenaga dan tidak dehidrasi.

6. Ostematrix - Bantu kurangkan rasa lesu terutama apabila bangun pagi. Bantu untuk tidur dengan nyenyak. Kalsium yang menguatkan tulang. Tidaklah berisiko untuk Osteoporosis.

Semua yang saya sebutkan di atas ini hanyalah cadangan dan penerangannya adalah sepadat yang mungkin. Setiap vitamin di atas sebenarnya memberikan banyak kebaikan untuk anda.

Kalau anda mampu untuk membeli dan mengamalkan VIVIX Shaklee, maka anda dapat kebaikan berkali ganda kerana Vivix adalah Tonik Ajaib Shaklee yang insyaAllah membantu pelbagai masalah dan penyakit. Tapi ingat, Shaklee bukanlah ubat tetapi supplemen / makan tambahan.

Mengapa mesti memilih VITAMIN SHAKLEE ?

✔ Halal
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER:
===========

☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke 016-8427520 (Pn.Farizah)

PENGEDAR SHAKLEE RANAU SABAH

COD SHAKLEE Area Kg Kituntul Baru, Kg Silou, Kg Matan, Kg Paka 2, Kg Kiaburi, Kiaburi Plaza, Kg Puru-Puru, Hospital Ranau, KKIA Ranau, Jabatan Kesihatan Ranau, Kundasang dan seluruh kawasan berhampiran.

Monday, February 20, 2017

Kelebihan Menjadi Pengedar Shaklee

Assalamualaikum semua,

Hari ini kecoh dalam group Shaklee kami yang semuanya bercakap tentang masa depan dalam Shaklee. Saya bangga melihat anak-anak biz Shaklee saya semuanya sangat bersemangat. Sebab mereka semua adalah Leader yang hebat dan melihat jauh ke hadapan. Apa agaknya Kelebihan Menjadi Pengedar Shaklee bersama Team Aura kami?

Kelebihan Menjadi Pengedar Shaklee

Sudah tentu anda sedia maklum, dalam Shaklee anda berpeluang untuk mendapat Bonus Tunai, Bonus Kereta dalam bentuk tunai, Percutian dalam negara dan luar negara, Umrah dan banyak lagi.

Tapi apa yang anda tidak tahu ialah

Bisnes Shaklee adalah bisnes yang boleh diwarisi.

Ya, boleh diwarisi oleh anak-anak kita. Mungkin ramai lagi yang tidak tahu.

BUSINESS SHAKLEE NI BOLEH DITURUNKAN UTK ANAK KANDUNG /WARIS KITA.

Kalaulah nanti kita sudah tiada dalam dunia ini, pangkat kita dalam Shaklee akan turun pada anak kita. Bayangkan kalau kita sudah naik sebagai *MASTER COORDINATOR* Shaklee, anak kita tidak akan merangkak dari SID macam kita mula-mula join Shaklee.

Anak kita akan terus mewarisi apa yg sudah kita build dalam Bisnes SHAKLEE.

Inilah kelebihan menjadi Pengedar Shaklee. Jika anda sudah mendaftar sebagai Pengedar Shaklee yang sah, maka anda berada di landasan yang betul!

Matlamat kita adalah untuk menyediakan satu platform yang kukuh untuk anak-anak di masa hadapan. Dengan keadaan ekonomi kini yang sudah terasa sangat sukar untuk kita, apatah lagi untuk anak-anak kelak.

Jika anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee bersama kami dalam #TeamAura, anda boleh hubungi :

☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke 016-8427520 (Pn.Farizah)

PENGEDAR SHAKLEE RANAU SABAH

COD SHAKLEE Area Kg Kituntul Baru, Kg Silou, Kg Matan, Kg Paka 2, Kg Kiaburi, Kiaburi Plaza, Kg Puru-Puru, Hospital Ranau, KKIA Ranau, Jabatan Kesihatan Ranau, Kundasang dan seluruh kawasan berhampiran.

Sunday, February 19, 2017

Anemia Kanak-Kanak

Assalamualaikum,

Pagi ini saya terbaca status seorang ibu muda dengan gambar anaknya yang ditahan di hospital. Dijarum pula tangannya. Kata si ibu, si anak pada mulanya hanya datang ke hospital untuk temujanji biasa.

Tidak disangka, apabila darahnya diperiksa, didapati Hemoglobin (HB) anak tinggal 6! Ini bermakna anak Anemia. Kasihan sungguh melihatnya. Maka terpaksalah si anak tadi ditahan di hospital untuk tambah darah.

Anemia Kanak-Kanak

Kekurangan paras Hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah dikenali sebagai anemia. Anemia boleh terjadi jika penghasilan sel-sel darah merah kurang, boleh juga terjadi jika sel-sel darah merah ini termusnah dalam kadar yang lebih tinggi daripada biasa ataupun jika terdapat kehilangan darah.

Tanda - Tanda Anemia Kanak-Kanak

Antara tanda dan gejala Anemia ialah seperti berikut. Pastikan anak-anak anda bebas daripada gejala yang disebutkan.

1. Anak kelihatan letih dan tidak bersemangat.
2. kurangnya selera makan.
3. Tidak aktif seperti kanak-kanak yang lain.
4. Kurang konsentrasi semasa belajar.
5. Kadar denyutan jantung yang tinggi.
6. Susah bernafas terutamanya apabila melakukan aktiviti lasak.
7. Nampak pucat. Keadaan ini lebih ketara pada bahagian tapak tangan dan kaki dan juga pada bahagian dalam kelopak mata (conjuctiva).
8. Pembengkakan pada hati dan limpa.
9.Lemah sistem imun badan.

Penyebab Anemia Kanak-Kanak

1. Kekurangan Zat Besi dalam pengambilan makanan harian.

2. Kurang pengambilan Asid Folik dan Vitamin B12.

3. Penyakit Thalasemia (minor / major). Perlu merujuk kepada sejarah keluarga.

4. Anak G6PD

Vitamin Shaklee Untuk Masalah Anemia Kanak-Kanak

1. Vitalea Kids



Vitalea Kids membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia.

2. Mealshakes


Iron dan Vitamin B12 penting untuk pembinaan sel-sel darah merah dan membantu mengelakkan masalah anemia di kalangan kanak-kanak.
Kanak-kanak yang kekurangan sel darah merah akan mudah letih, lesu, tidak bermaya dan kurang menumpukan perhatian di dalam pelajaran.

Jika anda mahu mencuba Vitalea Kids dan Mealshakes Shaklee untuk anak-anak anda, saya adalah orang yang tepat untuk anda hubungi.

Mengapa mesti memilih VITAMIN SHAKLEE ?

✔ Halal
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER:
===========


☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke 016-8427520 (Pn.Farizah)

PENGEDAR SHAKLEE RANAU SABAH
COD SHAKLEE Area Kg Kituntul Baru, Kg Silou, Kg Matan, Kg Paka 2, Kg Kiaburi, Kiaburi Plaza, Kg Puru-Puru, Hospital Ranau, KKIA Ranau, Jabatan Kesihatan Ranau, Kundasang dan seluruh kawasan berhampiran.

Cara Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai

Assalamualaikum semua,
Selamat pagi!

Selamat menuju ke tempat kerja masing-masing khususnya bagi yang cikgu-cikgu. Kena awal hari ni sebab ada perhimpunan pagi kan.

Samalah kita. Tapi nampaknya terlambat juga pagi ini. Kawan yang kami tumpang ke sekolah tak sampai-sampai lagi. Sempat saya nak kongsikan tentang Cara Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai.

Fakta

Kotoran pada muka akan dapat dihilangkan sepenuhnya dengan pencuci muka yang berbuih banyak dan halus. Buih yang banyak dan halus ini mampu masuk ke dalam liang roma atau pori-pori kulit wajah anda dan membersih kulit dengan lebih berkesan lagi.

Wah, begitu rupanya! Terus teringat pasal pencuci muka yang saya gunakan sekarang. Saya gunakan Pencuci Muka Enfuselle Shaklee - Purifying Cleansing Gel. Eh, Gel? Banyak buih ker guna pencuci muka gel ni?

Dulu saya pun begitu juga. Pada anggapan saya, pencuci muka jenis foam saja yang banyak buih. Rupanya saya salah.

Pertama kali guna pencuci muka Shaklee ialah Pencuci Muka Nutriwhite. Namun rupanya kita tak boleh sembarangan memilih pencuci muka. Kena pastikan ianya sesuai dengan kulit kita. Begitu juga dengan Toner.

Saya kurang serasi dengan pencuci muka Nutriwhite apabila kulit muka saya menjadi sangat tegang dan agak kering selepas mencuci muka. Oh ya, kulit muka saya adalah jenis kulit sensitif.

Pencuci Muka Enfuselle - Purifyibg Cleansing Gel

Saya cuba bertahan mengguna Pencuci Muka Nutriwhite beberapa lama tetapi masih juga begitu. Lalu saya pun beralihlah kepada Pencuci Muka Enfuselle Shaklee. Pertama kali guna, yeah! Kesannya sangat best. Kulit muka rasa lembut gitu. Licin. Tidak berminyak. Mudah dicuci.

Toner saya pula, saya sesuai dengan Toner Nutriwhite. Tak sesuai dengan Toner Enfuselle sebab rasa panas ja muka lepas pakai toner. Sama juga saya cuba guna beberapa lama, masih rasa begitu.

Lalu bila cuba Toner Nutriwhite, sah inilah yang sesuai dengan saya.
Boleh saja guna jenama yang berbeza tapi asalkan produk Shaklee bagi saya. Nutrionist Shaklee juga kata begitu.

Cara Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai


1. Kenalpasti dahulu jenis kulit anda sama ada jenis kulit normal, kulit sensitif, kulit berminyak, kulit kering ataupun kulit kombinasi. Jadi bila sudah tahu kulit anda kulit jenis mana satu, maka mudahlah anda memilih pencuci muka yang sesuai.

2. Cari pencuci muka yang banyak buih dan halus. Sebabnya, untuk membersihkan muka bukanlah dengan menggosok kuat supaya kotoran hilang. Nanti kulit makin pedih pula.

Itulah gunanya buih yang banyak dan halus. Ia akan membersihkan liang roma atau pori-pori kulit muka anda dengan sebersih-bersihnya.

3. Cari Pencuci Muka yang Ph5.5 yang sama dengan P.h kulit kita.

4. Elakkan membeli pencuci muka yang mengandungi bahan pengawet dan pewangi. Paling penting bebas Paraben.

5. Pastikan sabun atau pencuci muka tersebut adalah memang khusus untuk muka bukannya sabun badan yang digunakan untuk seluruh badan termasuk muka.

6. Paling penting, rajin-rajin cuci muka ya. Kalau ada pencuci muka yang terbaik sekalipun tetapi malas cuci muka, sama juga kulit muka nanti bermasalah. Hehe

Baiklah, jika anda hendak mencuba Pencuci Muka Shaklee sama ada Nutriwhite ataupun Enfuselle, saya adalah orang yang tepat untuk anda hubungi.

Mengapa mesti memilih PENCUCI MUKA SHAKLEE ?

✔ Halal
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik dan Tahan Lama!

===========
CARA ORDER:
===========

☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke 016-8427520 (Pn.Farizah)


PENGEDAR SHAKLEE RANAU SABAH
COD SHAKLEE Area Kg Kituntul Baru, Kg Silou, Kg Matan, Kg Paka 2, Kg Kiaburi, Kiaburi Plaza, Kg Puru-Puru, Hospital Ranau, KKIA Ranau, Jabatan Kesihatan Ranau, Kundasang dan seluruh kawasan berhampiran.