Thursday, February 9, 2017

HFMD Kanak-Kanak 2 Tahun

Hi semua,

Baru-baru ni macam banyak kes Penyakit HFMD di kalangan kanak-kanak kan? Sebabnya, anak saya sendiri pun kena. Mula-mula abang yang sulung umur 5 tahun tu kena. Disebabkan HFMD ni memang sudah namanya penyakit berjangkit, adiknya yang berumur 2 tahun pun kena!

Apabila si adik yang kecil sudah kena, seksa sikitlah nak menjaga terutama waktu malam. Dia asyik nangis mungkin sebab gatal sangatlah ruam-ruam yang melepuh dan berair tu. Asyik menggaru sajalah kerjanya.

Suami pula jauh di sarawak. Tapi kan,adalah juga hikmahnya. Sebab bermula 1 Januari 2017 ada keluar pekeliling pasal HFMD ni. Ibu atau bapa boleh cuti kuarantin menjaga anak maksimum 5 hari. Tapi kena ada pengesahan doktorlah. Boleh Google untuk download pekeliling tu. Simpan. Senang nak guna bila perlu.

Macam saya, saya gunakan cuti kuarantin masa anak yang sulung kena HFMD. Bila yang bongsu pula kena, giliran bapanya guna cuti kuarantin tu. Maka, dapatlah lama sikit dia bercuti sebab kebetulan memang dah plan cuti seminggu masa cuti CNY hari tu.

Bila anak kena HFMD ni, saya memang bawa jumpa doktor walaupun ada yang bagitau HFMD ni sembuh sendiri tak payah ubat. Tapi kena jugalah pergi hospital sebab nak dapatkan pengesahan. Lagi pula anak ada demam sekali. Kesian sangat.

Masa abang yang sulung kena, doktor bagi ubat demam, ubat batuk sirap, antibiotik dan losyen calamine. Saya cuma bagi makan antibiotik dan losyen calamine saja. Antibiotik ni saya bagi sebab masa ni alahan atau allergy pada betis dia makin teruk. Gara-gara dia garu sampai luka. Macam-macam kan.

Yang bongsu pula, ubat yang sama kecuali antibiotik. Doktor tak bagi. Saya pun ok sebab memang tak berapa gemar bagi anak makan antibiotik.

Untuk mempercepatkan ruam-ruam HFMD anak sembuh, saya bagi mereka makan nutriferon Shaklee. Untuk tingkatkan antibodi dan bagi badan lawan penyakit tu. Demam pun kebah cepat bila makan nutriferon ni.

Selain tu saya bagi minum mealshakes. Kalau biasa, bagi 1 sudu susu 1 kali sehari saja. Tapi masa kena HFMD ni saya bagi tiap kali minum susu. Kena bagi kerap minum airlah. Vitamin lain macam vitamin C Chewable dan Vitalea Kids tu bagi macam biasa ja. Sebiji sehari. Kadang dorang ni memang minta lebih pun. Bagi jugalah sampai 2 biji. Hehe.

Alhamdulillah sangat cepat nampak proses penyembuhan. Ruam makin mengering. Ulser pun tak jadi lagi dalam mulut. Oh ya, krim herbalblend saya sapu dengan kerap pada kaki dan tangan terutama yang ada banyak ruam. Bagi dorang rasa sejuk dan lega sikit gatal tu.

Dalam seminggu dah kering dah keseluruhannya. Cuma bekas ruam tu masih adalah. Jadi kulit mati. Sampai terkupas-kupas. Anak saya suka tarik-tarik dan cabut kulit mati tu. Hehe

Bila anak dah sembuh, nak hantar ke taska kena ada surat pengesahan doktor pula. Menyatakan bahawa anak disahkan sudah sembuh dari HFMD dan boleh dihantar ke taska seperti biasa. Saya pergi hospital kerajaan ja. Sekejap ja tak payah pun mendaftar di kaunter. Bagitahu ja nak minta pengesahan doktor.

Jadi, kalau ada ibu bapa di luar sana yang anaknya juga terkena penyakit HFMD, jangan risau. InsyaAllah cepat sembuh. Memang akan berjangkit dengan anak yang lain tapi tidak semestinya semua kena. Macam anak saya, yang nombor 2 tak dijangkiti langsung walaulun bermain bersama, tidur dekat-dekat. Maknanya, macam cacarlah ni. Kau dah memang masanya kena, kena juga. Kalau belum, tak akan terjangkit juga. Jadi jangan risau ya.

Baiklah, sekian perkongsian dari saya pasal HFMD anak 2 tahun ni. Si bongsulah tu yang umur 2 tahun.

Jangan lupa bagi anak-anak anda makan supplemen tau. Tambah lagi kalau kerap makan makanan ringan.

Kalau nak cuba Set Vitamin Shaklee untuk kanak-kanak, boleh hubungi saya : 016-8427520 (Pn.Farizah).

Saya ada buat perkhidmatan COD Shaklee untuk area Ranau dan kawasan yang berhampiran.

No comments:

Post a Comment